KEADAAN lori tangki yang terjunam ke dalam parit selepas terbabit kemalangan di Kilometer 70 Jalan Teluk Intan-Klang, dekat Parit 7, Sungai Leman. FOTO IHSAN PEMBACA
KEADAAN lori tangki yang terjunam ke dalam parit selepas terbabit kemalangan di Kilometer 70 Jalan Teluk Intan-Klang, dekat Parit 7, Sungai Leman. FOTO IHSAN PEMBACA
Amirul Aiman Hamsuddin


Sekinchan: Lelaki nyaris maut sejurus lori tangki dipandunya terjunam ke dalam parit dalam kejadian di Kilometer 70 Jalan Teluk Intan-Klang, dekat Parit 7, Sungai Leman, di sini, tadi.

Dalam kejadian 10.41 pagi, mangsa berusia 66 tahun dari Hutan Melintang, Perak bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Teluk Intan menuju ke Klang.

"Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai cuba mengelak sebuah kereta yang tidak dikenal pasti nombor pendaftaran yang berhenti di hadapannya kerana memberi laluan kepada sebuah lori yang masuk ke bengkel di sebelah kiri jalan.

"Berikutan itu, mangsa mengelak dari melanggar kereta itu sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit," katanya ketika dihubungi, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2020 @ 5:25 PM