GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Tanjong Karang: Kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh siap dilaksanakan kira-kira 3 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, ketika ini pihaknya sedang berusaha menstabilkan sistem agihan bekalan air bagi memastikan pengguna menerima bermula 6 petang seperti yang dijadualkan.

"Seperti sedia maklum, 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor dijangka akan pulih sepenuhnya pada 10 malam ini," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pengguna boleh boleh merujuk aplikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter, atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau melayari laman sesawang di www.airselangor.com.

Media melaporkan 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual yang bermula 9 pagi tadi

Ia susulan pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di LRA Sungai Sireh bagi membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap selain memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 6:01 PM