GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Tanjong Karang: Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai 9.30 pagi, 13 Oktober ini.

Bekalan air di 28 kawasan terjejas itu susulan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh dihenti tugas sementara waktu dan dijangka pulih 10 malam, hari yang sama.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, kerja penggantian injap akan dijalankan sepanjang tempoh henti tugas itu.

"Pelaksanaan kerja penggantian injap di LRA Sungai Sireh ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap selain memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum.

"Penambahbaikan infrastruktur loji ini juga sebahagian daripada usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan para pengguna di masa hadapan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Elina berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air berbeza mengikut kawasan dan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dari LRA Sungai Sireh dan tekanan air pada sistem agihan.

"Air Selangor menasihatkan para pengguna yang terjejas agar menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

"Pengguna boleh merujuk aplikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter, atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau melayari laman sesawang di www.airselangor.com," katanya.

Senarai 28 kawasan yang terjejas:

1. Bagan Tengkorak

2. Jalan Ban Canal

3. Jalan Kunci Air Buang

4. Kampung Ampangan

5. Kampung Haji Razali

6. Kampung Melaka/ Kampung Kilat

7. Kampung Pinang

8. Kampung Seri Tiram Jaya

9. Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4

10. Kampung Sungai Kajang

11. Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)

12. Kampung Tok Adam

13. Kampung Ulu Tiram

14. Lorong Bahagia

15. Parit 1 Sungai Burong

16. Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z

17. Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4

18. Sungai Sireh Lorong 1 – 23

19. Taman Desa Jaya

20. Taman Kopema

21. Taman Radin Jaya

22. Taman Sri Bakti

23. Taman Sri Desa

24. Taman Sri Jaya

25. Taman Sri Setia

26. Taman Sri Tanjong

27. Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam

28. Taman Wawasan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2020 @ 9:12 PM