Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pulih pada jam 6 pagi.
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pulih pada jam 6 pagi.
Oleh Ilah Hafiz Aziz


Kuala Lumpur: Bekalan air di kesemua kawasan terjejas di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat kembali pulih sepenuhnya, pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada Selasa lalu, pulih pada jam 6 pagi.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, pengguna pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Sejak Selasa, Air Selangor memaklumkan erja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat serta henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.

Bantuan alternatif juga digerakkan melalui lori tangki digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2023 @ 10:24 AM