GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Tanjong Karang: Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor yang mengalami gangguan bekalan air berjadual menerima bekalan air bersih sepenuhnya, 10 malam tadi.

Ia berikutan kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh yang siap sepenuhnya, 3 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, pihaknya berterima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan itu.

"Air Selangor menyarankan pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi berhubung gangguan bekalan air melalui aplikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter, atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau melayari laman sesawang di www.airselangor.com.

"Sentiasa gunakan air secara berhemah," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Media melaporkan 28 kawasan di wilayah terbabit mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi tadi.

Ia memberi laluan kepada pelaksanaan kerja penggantian injap di LRA Sungai Sireh yang membolehkan loji itu beroperasi dengan lebih cekap selain memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 11:56 PM