FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Amirul Aiman

Kuala Kubu Bharu: Bekalan air di 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor yang terjejas berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa pada kelmarin, pulih sepenuhnya jam 3 pagi hari ini.

Kelmarin, sebanyak 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual susulan kerja-kerja terbabit.

Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset itu mengikut jadual seperti yang diumumkan 26 Julai lalu.

Sehubungan itu, pengguna disaran merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, akaun rasmi di Facebook, Instagram dan Twitter.

Pengguna juga boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang, www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2022 @ 7:58 AM