- Foto hiasan
- Foto hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin

Sabak Bernam: Kerja-kerja penggantian injap di dua lokasi yang menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 16 jam di 38 kawasan di wilayah Sabak Bernam dijangka siap pada jam 8 malam ini

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja penggantian selesai dilakukan.

"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 2 pagi, 17 Disember," katanya tadi.

Sehubungan itu, Elina berkata, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut status bekalan air terkini diminta melayari laman sesawang www.airselangor.com.

"Pengguna juga merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter,

atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300," katanya.

Media melaporkan sebanyak 38 kawasan di wilayah Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual, mulai 10 pagi, hari ini.

Bekalan air di 38 kawasan itu terjejas berikutan pelaksanaan kerja penggantian enam unit injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang dan pemasangan satu injap baharu di Parit 13, Sungai Panjang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2020 @ 11:47 AM