POLIS menahan suspek petang semalam. FOTO Erika George
POLIS menahan suspek petang semalam. FOTO Erika George
Erika George


Sibu: Dua suspek kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui berhampiran beg pakaian di tepi Jalan Aman, pagi semalam, ditahan polis dalam tempoh kurang lapan jam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, seorang lelaki dan wanita warga tempatan berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Tong Sang pada jam 2.30 petang semalam.

Beliau berkata, tangkapan itu susulan penemuan nota berhampiran mayat mangsa yang tertulis nama dan nombor MyKadnya.

"Hasil maklumat serta risikan, kedua-dua suspek ditahan oleh pasukan polis yang menjalankan serbuan ke sebuah rumah di Jalan Tong Sang pada hari sama.

"Kedua-dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh," katanya.

MyMetro semalam melaporkan orang ramai yang lalu di Jalan Aman menemui beg pakaian pada jam 6.45 pagi.

Pemeriksaan seterusnya menemui mayat seorang wanita dikenali sebagai Heng Mieow Lin berusia 37 tahun.

Berita berkaitan

Mayat wanita dekat beg pakaian

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2020 @ 2:42 PM