Aizat Sharif; Hamzah Osman dan Zuliaty Zulkiffli


SUAMI isteri yang disyakit terbabit dalam pembunuhan kanak-kanak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, direman seminggu bermula hari ini sehingga 14 Mac.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 37 tahun dan isterinya yang berusia 40 tahun dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret Langkawi, Mohd Ridzwan Salleh selepas membenarkan permohonan polis.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan Mahkamah Langkawi kira-kira 9 pagi tadi diiringi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi sebelum keluar dari kamar mahkamah satu jam 45 minit kemudian.

Suspek sebelum ini ditahan di Ampang pada Selasa 4 petang selepas gambar mereka dikeluarkan polis.

Sementara itu, Superitendan Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi, mengesahkan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita berkaitan

Toto berdarah di bilik Aleya

[UPDATE] Bedah siasat Jumaat ini

'Achik, Aleya dah mati...'

Kronologi penemuan mayat Nur Aisyah

[UPDATE] Suspek bunuh Nur Aisyah Aleya bebas dadah

Mayat Nur Aisyah disumbat dalam beg pakaian

[UPDATE] Kerap dengar tangisan budak

[UPDATE] Panik punca buang mayat

[UPDATE] Hanya cebisan rambut, tengkorak Nur Aisyah

[UPDATE] Mayat Nur Aisyah dah ditemui

Dari Langkawi lari ke Ampang...

'Kanak-kanak perempuan 3 tahun hilang'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 10:59 AM
SUSPEK kes bunuh Nur Aisyah Aleya Abdullah tiba di Mahkamah Majistret Langkawi. FOTO Hamzah Osman
SUSPEK kes bunuh Nur Aisyah Aleya Abdullah tiba di Mahkamah Majistret Langkawi. FOTO Hamzah Osman