Laporan portal Harian Metro mengenai kes bunuh kanak-kanak berusia tiga tahun di Langkawi.
Laporan portal Harian Metro mengenai kes bunuh kanak-kanak berusia tiga tahun di Langkawi.
Muhaamad Hafis Nawawi dan Hamzah Osman dan Zuliaty Zulkifli


BEDAH siasat ke atas penemuan cebisan rambut dan tengkorak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, akan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Jumaat ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, pihaknya juga dalam proses mengambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) milik ibu mangsa untuk membuat perbandingan dengan cebisan rambut dan tengkorak yang ditemui.

Menurutnya, bedah siasat hanya akan dijalankan Jumaat di HSB, Alor Setar bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak terbabit.

“Forensik juga sudah merampas beberapa bahan bukti bagi membantu siasatan.

“Polis juga akan menyambung semula pencarian bahagian lain anggota badan mangsa yang belum ditemui lagi.

“Kita juga akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro, malam ini.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan mayat Nur Aisyah Aleya yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah, hujung Februari lalu ditemui di Gunung Raya, Langkawi, hari ini.

Berita berkaitan

'Achik, Aleya dah mati...'

Kronologi penemuan mayat Nur Aisyah

[UPDATE] Suspek bunuh Nur Aisyah Aleya bebas dadah

Mayat Nur Aisyah disumbat dalam beg pakaian

[UPDATE] Kerap dengar tangisan budak

[UPDATE] Panik punca buang mayat

[UPDATE] Hanya cebisan rambut, tengkorak Nur Aisyah

[UPDATE] Mayat Nur Aisyah dah ditemui

Dari Langkawi lari ke Ampang...

'Kanak-kanak perempuan 3 tahun hilang'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 9:16 PM