MENTERI Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyerahkan ikan kembung yang dilelong kepada pelanggan yang hadir pada Mini Karnival Industri Makanan Bukit Gantang 2020 dan Pelancaran Caruman PERKESO Nelayan di Dewan Bunga Raya Changkat Jering hari ini. FOTO BERNAMA
MENTERI Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyerahkan ikan kembung yang dilelong kepada pelanggan yang hadir pada Mini Karnival Industri Makanan Bukit Gantang 2020 dan Pelancaran Caruman PERKESO Nelayan di Dewan Bunga Raya Changkat Jering hari ini. FOTO BERNAMA
BERNAMA

SERAMAI 42,000 nelayan buat julung kalinya dibenarkan mencarum dalam skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengikut Akta Perkeso Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata, caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) itu bagi menggantikan caruman insurans nelayan kelompok Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), yang akan dilaksanakan mulai Sabtu depan (15 Ogos).

"Hari ini adalah hari bersejarah untuk pertama kalinya pekerja sendiri dalam sektor perikanan dibolehkan oleh Akta Perkeso untuk mencarum dalam Perkeso.

"Ini akan memberi perlindungan kepada nelayan (dan keluarga) dengan caruman diambil (dibayar) daripada elaun sara hidup nelayan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Caruman Perkeso Nelayan dan merasmikan Mini Karnival Industri Makanan Bukit Gantang 2020 di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering di Bukit Gantang, Taiping, hari ini.

Beliau berkata, cadangan caruman adalah RM157.20 setahun bagi semua nelayan berdaftar dengan LKIM dan layak menerima Elaun Sara Hidup Nelayan.

Menurutnya, pPotongan caruman itu akan dilaksanakan secara terus melalui Sistem Program Insentif Nelayan (FIP) secara berperingkat.

Katanya, untuk peringkat permulaan, potongan bermula 15 Ogos ini membabitkan sejumlah 3,879 nelayan di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 5:47 PM