KHAIRIL Anuar (kiri ) membantu pelanggan memilih durian digerainya di Kampung Chennah. FOTO Abnor Hamizam
KHAIRIL Anuar (kiri ) membantu pelanggan memilih durian digerainya di Kampung Chennah. FOTO Abnor Hamizam
Abnor Hamizam Abd Manap

PENJUAL durian di Kampung Chennah, Jelebu memberi diskaun kepada pembeli sempena cuti umum Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Khairil Anuar Zainal Azman, 49, berkata sebagai rakyat yang menghormati institusi diraja, dia mempunyai cara tersendiri menzahirkan ucapan tahniah sempena hari keputeraan baginda.

"Hari ini, durian Musang King saya jual pada harga RM48 satu kilogram (kg) berbanding harga biasa RM60 satu kg, durian kampung kuning RM12 satu kg (harga biasa RM14), ketam merah RM25 satu kg berbanding harga biasa RM30.

"Turut diberi diskaun durian IOI iaitu RM30 satu kg berbanding harga biasa RM33 dan D24 RM28 satu kg, harga biasa RM30," katanya.

Khairil Anuar berkata, dia turut mengupah penghantar bagi menghantar durian ditempah pelanggan ke Port Dickson, Seremban, Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, sebanyak 800kg durian berjaya dijual pada hari ini dengan harga istimewa ditawarkan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 4:59 PM