Khairil Aslan  disambut oleh isteri, Hamizah Hashim, 37 serta anaknya, Nur Ainnajwa Safhia, 16, Muhammad Najman Harith, 14 dan Muhammad Najmie Haziq, 6 ketika tiba di KLIA setelah berjaya menawan tiga puncak Himalaya di Kathmandu, Nepal. FOTOMohd Fadli Hamzah
Khairil Aslan disambut oleh isteri, Hamizah Hashim, 37 serta anaknya, Nur Ainnajwa Safhia, 16, Muhammad Najman Harith, 14 dan Muhammad Najmie Haziq, 6 ketika tiba di KLIA setelah berjaya menawan tiga puncak Himalaya di Kathmandu, Nepal. FOTOMohd Fadli Hamzah
Oleh Siti A'isyah Sukaimi

Sepang: Pendaki anak jati Batu Kurau, Perak, Khairil Aslan Ab Rashid yang berjaya menawan puncak Maru, Lobuche dan Island selamat tiba ke tanah air jam 9.42 malam tadi.

Khairil Aslan, 40, tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dari Kathmandu, Nepal disambut isteri, anak serta ahli keluarga yang lain.

Bapa kepada tiga anak itu sebelum ini memulakan pendakian bermula 26 November lalu serta mengambil masa kira-kira sebulan untuk menawan tiga puncak yang juga antara tertinggi di Himalaya.

Khairil Aslan ketika ditemui menyifatkan pendakian itu sangat mencabar terutama perlu berdepan dengan cuaca terlampau sejuk dan perubahan angin.

"Sewaktu pendakian ke puncak Island, seorang daripada tiga sherpa memberitahu saya... jika kita mati di sini, kita akan mati bersama.

"Waktu itu sekitar jam 4 hingga 5 pagi dan kami langsung tidak berdaya serta penat ditambah keadaan cuaca terlampau sejuk," katanya ketika ditemui pemberita di KLIA di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Khairil Aslan berkata, tepat jam 6.30 pagi, matahari mula terbit dan cahayanya tepat mengena ke arah mukanya.

"Pada waktu itu, saya mengumpul kekuatan dan mula bersemangat untuk menamatkan misi pendakian ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 12:38 AM