Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim


PROSEDUR Operasi Standard (SOP) lengkap berhubung sambutan perayaan Aidiladha akan dibincangkan dan diumumkan sebelum perayaan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan membabitkan beliau bersama Menteri Hal Ehwal Agama dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kita akan bincangkan lebih lanjut dan akan bentangkan semula (SOP) kerana Hari Raya Aidiladha sebulan lebih lagi dari sekarang.

"Kita akan umumkan mengenai SOP apabila sampai masanya nanti," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

JEMAAH di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, 29 Mei lalu. FOTO Farizul Hafiz Awang
JEMAAH di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, 29 Mei lalu. FOTO Farizul Hafiz Awang

Ditanya berhubung kebenaran ziarah kubur semasa perayaan itu, Ismail Sabri memaklumkan aktiviti itu tidak dilarang.

Katanya, sebaliknya ia perlu mematuhi SOP ditetapkan iaitu mengamalkan penjarakan sosial dan tiada perhimpunan ramai ketika di kawasan tanah perkuburan.

"Kalau ramai ahli keluarga nak pergi kawasan tanah perkuburan takut ada perhimpunan ramai, jadi bolehlah bergilir-gilir.

"Asalkan tidak melebihi 20 orang dan tiada perhimpunan ramai di kawasan tanah perkuburan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 3:04 PM