FOTO Farizul Hafiz Awang
FOTO Farizul Hafiz Awang
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


SEMBILAN belas pengantin selamat diijabkan dalam majlis pernikahan dan persandingan Mega Seri Pengantin di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan, hari ini.

Penganjur majlis, Sheikh Mohd Azrul Sheikh Mohd Yusof, berkata semua pengantin yang dikumpulkan sejak tahun lalu hanya dikenakan bayaran RM3,000 setiap pasangan untuk 16 pakej ditawarkan.

FOTO Farizul Hafiz Awang
FOTO Farizul Hafiz Awang

Beliau yang juga pengasas syarikat penganjur majlis, berkata antara pakej diberikan termasuk pelamin, busana pengantin dan katering bagi setiap pasangan.

FOTO Farizul Hafiz Awang
FOTO Farizul Hafiz Awang

"Mereka turut diraikan secara besar-besaran iaitu diarak menggunakan bas Rapid Kuantan dari Sungai Isap melalui bandar Kuantan sebelum ke masjid negeri yang turut diiringi 10 kereta antik," katanya.

Beliau berkata, semua pengantin selamat diijab qabulkan oleh lapan jurunikah yang dilantik.

Katanya, mereka kemudian diraikan dalam majlis persandingan di Dewan SUK.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2017 @ 1:10 PM