Saipul Adli Mohamad; Suraya Roslan dan Muhaamad Hafis Nawawi

:

KAKITANGAN dan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di depoh tahanan yang mempunyai kes positif Covid-19 sudah diasingkan untuk siasatan dan digantikan dengan kakitangan baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga perlu menjalankan saringan di ketiga-tiga depoh tahanan itu yang mana risiko untuk kakitangan dan pegawai JIM serta orang kena tahan (OKT) terkena jangkitan adalah tinggi.

Menurutnya, KKM menjadikan depoh itu seolah-olah kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan mengasingkan mereka kerana mudah untuk terkena jangkitan.

"KKM sedang menjalankan ujian di situ untuk orang kena tahan, kakitangan dan pegawai JIM yang mana saringan dan penyiasatan masih dijalankan.

"Ada kemungkinan jangkitan disebabkan ruang sempit di depoh itu dan kita juga lihat tempat tahanan lain di penjara, lokap polis dan sebagainya yang mana kalau ruang sempit jika seorang positif Covid-19 besar untuk berlaku jangkitan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, siasatan sedang dijalankan dan nyah cemar dilakukan di blok yang dikenal pasti.

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 6:16 PM