Mohamed Farid Noh


KESESAKAN lebih dua kilometer berlaku di Plaza Tol Skudai berikutan peningkatan mendadak jumlah kenderaan di laluan itu dua hari menjelang Aidilfitri.

Tinjauan di pintu masuk Lebuhraya PLUS itu mendapati peningkatan mendadak kenderaan menyebabkan kesesakan di situ tidak dapat dielakkan apatah lagi sekatan jalan raya (SJR) dilakukan di kedua-dua arah bagi memeriksa setiap kenderaan.

Jurucakap polis berkata, kesesakan mula berlaku sejak jam 9.30 pagi tadi dan tidak tidak dapat dielakkan kerana perlu memeriksa setiap kenderaan bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Selain memantau jumlah penumpang dalam setiap kenderaan, kami juga menasihatkan tiada cubaan merentas negeri dibuat supaya mereka tidak dikompaun dan diarah berpatah balik di sempadan Johor.

"Kebanyakan pengguna jalan raya menyatakan sama ada mahu merentas ke daerah, membeli belah serta bertugas ketika ditanya alasan memasuki lebuh raya ini.

"Ada pengguna yang membawa muatan lebih di dalam kereta mereka juga diarahkan berpatah balik manakala kebanyakan bas yang diperiksa pula tiada penumpang dan mahu pulang ke depoh," katanya.

Kesesakan lebih kritikal dijangkakan bermula jam 4 petang selepas tamat waktu bekerja sehingga esok berikutan orang ramai mahu merentasi daerah bagi menyambut Aidilfitri.

Peningkatan kenderaan yang mendadak di di pintu masuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Plaza Tol Skudai menyebabkan kesesakan sejak jam 9 pagi tadi dengan anggota polis memeriksa setiap kenderaan termasuk bas yang ingin melepasi laluan berkenaan. FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN
Peningkatan kenderaan yang mendadak di di pintu masuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Plaza Tol Skudai menyebabkan kesesakan sejak jam 9 pagi tadi dengan anggota polis memeriksa setiap kenderaan termasuk bas yang ingin melepasi laluan berkenaan. FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2020 @ 3:21 PM