Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Aliran trafik ke utara dan selatan tanah air lancar pagi ini dengan jumlah kenderaan yang tinggi di beberapa kawasan susulan orang ramai mula pulang dari cuti Aidilfitri.

Menerusi Twitter, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan, aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) masih lancar di Plaza Tol Sungai Besi dan Skudai pagi ini.

Katanya, aliran trafik tinggi di arah selatan iaitu di Tapah ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah sejauh 4.7 kilometer.

Selain itu, Hentian Sebelah Ladang Bikam juga sesak sejauh 1.7 kilometer manakala di Lebuhraya Karak, aliran trafik tinggi di laluan arah barat iaitu sebelum masuk Plaza Tol Bentong menghala ke Bukit Tinggi sejauh 12.7 kilometer.

ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bidor. FOTO Twitter LLM
ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bidor. FOTO Twitter LLM

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2022 @ 11:08 AM