MOHD Shafie ketika sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Bencana Covid-19 kepada kerajaan Sabah di Kota Kinabalu. FOTO Yun Mikail
MOHD Shafie ketika sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Bencana Covid-19 kepada kerajaan Sabah di Kota Kinabalu. FOTO Yun Mikail
Yun Mikail

PENIAGA makanan di negeri ini diminta memikirkan cara terbaik dalam memasarkan produk masing-masing sepanjang Ramadan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, peniaga harus lebih kreatif sekiranya ingin berniaga ketika Ramadan berikutan situasi semasa yang mencabar tahun ini.

“Saya juga sudah nasihatkan supaya menggunakan pendekatan seperti sistem atas talian.

“Contohnya, restoran yang ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh bekerja dengan pelbagai platform dalam talian bagi memastikan pelanggan masih boleh menikmati juadah berbuka puasa.

“Perkara ini juga sudah saya bangkitkan dalam mesyuarat Kabinet yang lalu supaya kementerian berkaitan memastikan golongan ini mendapatkan bantuan ketika Ramadan,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Bencana Covid-19 kepada kerajaan Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan negeri bakal melaksanakan konsep e-bazar, Mohd Shafie berkata pihaknya sedang meneliti perkara itu.

Walaupun kita perlu kreatif tetapi setiap keputusan yang diambil haruslah melihat kesannya terutama negara kini masih terkesan dengan penular wabak Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2020 @ 3:17 PM