ORANG ramai membeli barangan keperluan di pasar raya. FOTO Omar Ahmad
ORANG ramai membeli barangan keperluan di pasar raya. FOTO Omar Ahmad
Omar Ahmad

ORANG ramai tetap keluar membeli barangan keperluan di pasar raya berdekatan.

Tinjauan keatas beberapa pasaraya sekitar kawasan ini mendapati orang ramai mula menunggu seawal 9 pagi.

Guru, Minah Selamat, 51, berkata, walaupun ada di antara pengguna lain berbelanja untuk bekalan stok, tetapi dia berbelanja seperti belanja bulanan biasa.

Katanya disebabkan kesibukan tugas, dia tidak dapat berbelanja pada awal bulan seperti selalu.

“Saya memang belanja bulanan hari ini. Bulan ini belum sempat berbelanja dapur lagi.

“Ini pun kira sikit belanja sebab biasa belanja bulanan RM700, tapi hari ini belanja RM400 sahaja.

“Anak ramai balik bercuti jadi memang belanja, bukan pembelian panik. Tapi tadi tengok ada ramai juga yang belanja banyak. Harap sangat keadaan wabak Covid-19 ini cepat reda dan rutin harian berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui di pasar raya di Kota Tinggi, hari ini.

Namun di sebalik pembelian yang dilakukan, terdapat kesedaran orang ramai kerana rata-rata mereka tidak membawa anak kecil ke dalam pasar raya ketika membeli barangan keperluan.

Faridah Hanum Zainal, 34, berkata, suaminya masuk ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan.

Katanya mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga, dengan menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) serta tidak membawa anak kecil masuk bersama.

“Anak-anak masih kecil jadi suami pergi belanja seorang diri. Saya sudah senaraikan barangan keperluan yang may dibeli.

“Anak tinggal dengan saya dalam kereta sementara menunggu suami berbelanja,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2020 @ 11:39 AM