GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Noor Atiqah Sulaiman

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sepenuhnya penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) bermula Jun ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pengguna jalan raya yang membawa kanak-kanak perlu menggunakan CRS bermula 1 Januari lalu.

"Namun pihak JPJ tidak membuat penguatkuasaan terbabit secara langsung sebaliknya lebih kepada pencegahan dan memberi khidmat nasihat.

“Sebanyak 525 notis peringatan dikeluarkan kepada kenderaan berkenaan untuk dimasukkan dalam pengkalan data.

"Kita mahu melihat berapa banyak kenderaan yang membawa kanak-kanak tetapi tidak gunakan CRS.

“Hal ini akan berterusan sehingga Jun. Selepas itu barulah kita akan lihat apa tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan JPJ di Putrajaya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 12:56 PM