GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Abdul Rahemang Taiming


LELAKI dilaporkan dikhuatiri dibaham buaya selepas hilang ketika memancing di Sungai Kalumpang, dekat Tawau, petang semalam.

Difahamkan, mangsa hanya dikenali sebagai Binyojinnul, 36, dikatakan keluar memancing seorang diri di tepi sungai berkenaan sebelum disedari hilang jam 4. 43 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu.

Beliau berkata, susulan itu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 62 kilometer dari balai.

“Sejurus tiba, anggota bomba mendapatkan maklumat lanjut di lokasi kejadian sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di permukaan sungai (surface searching) daripada lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR diteruskan pagi ini selepas ditangguh 7.10 malam semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 9:32 AM