MOTOSIKAL suspek kes samun yang berjaya dicekup polis. FOTO IHSAN PDRM
MOTOSIKAL suspek kes samun yang berjaya dicekup polis. FOTO IHSAN PDRM
Khairul Najib Asarulah Khan


POLIS menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes samun di sebuah rumah di Desa Perangsang di Petaling Jaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki itu ditahan operasi jam 6 pagi yang dijalankan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Petaling Jaya.

Katanya, hasil pemeriksaan di rumah didiami lelaki berusia 28 tahun itu polis menemui beberapa barangan hasil samun.

“Kita juga merampas motosikal yang disyaki digunakan suspek bagi kegiatan berkenaan.

“Lelaki itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 1:45 AM