LOH Kang San, 51, (kanan) dan Kaliswaran@Anath, 52, yang dicari. FOTO Ihsan SPRM.
LOH Kang San, 51, (kanan) dan Kaliswaran@Anath, 52, yang dicari. FOTO Ihsan SPRM.
Muhaamad Hafis Nawawi


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan dua kes berasingan.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, lelaki pertama yang dicari ialah Loh Kang San, 51, beralamat di 10-1, Blok C, PPR Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Shokray Yahaya di talian 019-623 6680.

Bagi kes kedua, SPRM mencari Kaliswaran@Ananth Kathavarayan, 52, dengan alamat terakhir di No 76, Lorong Bandar 3, Taman Bukit Desa, Jalan Klang Lama.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Abdul Rahim Sulaiman di talian 019-323 0052 atau 03-8870 0497 atau e-mel kepada [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 12:28 PM