LEE Che Hing. FOTO ihsan SPRM
LEE Che Hing. FOTO ihsan SPRM
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes SPRM.

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu sedang mengesan Lee Che Hing, 76, mempunyai alamat terakhir di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur atau Taman Putra Sulaiman, Ampang, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi pegawai penyiasat, Ketua Penolong Kanan Penguasa Sekhar Mariappan di 03-8870 0297 atau 011-36868267 atau emel [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2022 @ 5:32 PM