LELAKI dikenali sebagai Nallu atau Nathan dikehendaki SPRM berhubung kes rasuah. FOTO ihsan SPRM
LELAKI dikenali sebagai Nallu atau Nathan dikehendaki SPRM berhubung kes rasuah. FOTO ihsan SPRM
Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lelaki itu dikenali sebagai Nallu atau Nathan berumur 30-an dipercayai menetap di sekitar Cyberjaya dan Puchong, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Ahmad Firdaus Hashim di talian 017-552 0525 atau e-mel ke alamat [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 1:16 PM