MOHD Saifullah. FOTO ihsan SPRM
MOHD Saifullah. FOTO ihsan SPRM
Noor Atiqah Sulaiman


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang pegawai kanan kepada bekas menteri bagi membantu siasatan kes yang dijalankan.

SPRM dalam kenyataan berkata, lelaki yang dicari itu dikenali sebagai Mohd Saifullah Mohd Minggu@Mohd Hisham, 29, beralamat terakhir di KM 2, Jalan Bubul, Peti Surat 351, 91308, Semporna, Sabah.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau emel ke [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2020 @ 6:31 PM