NOOR Azam (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Samsor (kiri) dan Arifai (kanan), hari ini. FOTO Ihsan PDRM.
NOOR Azam (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Samsor (kiri) dan Arifai (kanan), hari ini. FOTO Ihsan PDRM.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


ASISTEN Komisioner Arifai Tarawe dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Gombak yang baharu berkuat kuasa, hari ini.

Beliau sebelum ini Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, menggantikan Asisten Komisioner Samsor Maarof yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Majlis serah terima tugas KPD Gombak dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Gombak di Ibu Pejabat Polis Gombak, disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Noor Azam dalam ucapannya berkata, pelantikan KPD baharu itu diharap membawa banyak perubahan dan pembaharuan dalam tugas kepolisan di Gombak.

“Saya percaya dengan pengalaman yang beliau (Arifai) miliki, beliau mampu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen,” katanya.

Noor Azam berharap tumpuan diberikan dalam mengekang kegiatan perjudian, pelacuran dan pendatang asing yang menjalankan perniagaan haram di Pasar Borong Selayang.

“Kegiatan yang dijalankan tanpa kawalan menjadi rungutan di kalangan masyarakat di Gombak.

“Adalah diharapkan isu ini dititikberatkan Ketua Polis Daerah Gombak dengan tindakan pembanterasan sehingga ke akar umbi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 4:04 PM