HASANUDDIN (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas antara Abdul Rahim (kanan) dan Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, hari ini. Foto ZAMAN HURI ISA
HASANUDDIN (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas antara Abdul Rahim (kanan) dan Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, hari ini. Foto ZAMAN HURI ISA
Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Fakhrul Abid Mohamed Saifuddin


ASISTEN Komisioner Abdul Rahim Daud dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Bharu yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Superintendan Polis Bersempadanan dan Penstrukturan Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

Abdul Rahim menggantikan Senior Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik yang dinaikkan pangkat dan bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ismail menjawat jawatan KPD Kota Bharu selama setahun tujuh bulan.

Majlis serah terima tugas KPD Kota Bharu dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Kota Bharu disaksikan oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 November 2018 @ 1:54 PM