Laporan portal Harian Metro mengenai satu keluarga yang cuba membantu dua beranak itu di R&R Maran.
Laporan portal Harian Metro mengenai satu keluarga yang cuba membantu dua beranak itu di R&R Maran.
Faliq Lajim


YAYASAN Institut Jantung Negara (IJNF) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sebelum tularkan cerita yang tidak sahih.

IJNF dalam kenyataan di Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima beberapa pertanyaan mengenai isu yang tular mengenai seorang lelaki menunggang motosikal bersama anaknya, baru-baru ini.

Menurutnya, kisah terbabit mendakwa lelaki itu bersama anaknya yang juga seorang pesakit jantung dalam perjalanan balik ke Terengganu dengan motosikal dari Institut Jantung Negara (IJN).

“Selepas siasatan dibuat, individu terbabit adalah orang yang sama didapati menipu sebelum ini. Kami sudah maklumkan perkara terbabit di ‘wall’ (Facebook) kami.

“Siasatan lanjut juga mendapati kali terakhir pesakit itu ke IJN untuk rawatan susulan adalah pada 2016. Mereka tidak datang lagi ke IJN selepas itu.

“Pihak IJNF memohon agar semua mendapatkan maklumat dari pihak yang sepatutnya sebelum mengumumkan sebarang berita,” katanya menerusi status di Facebook.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki yang menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang bapa dan anak perempuan dalam keadaan menyedihkan.

Dua beranak itu ditemui satu keluarga di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Maran di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.

Lelaki berkenana mendakwa anaknya menghidap jantung berlubang serta buah pinggang.

Berita berkaitan

Sudah pelawa, pak cik itu tolak...

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 3:10 PM