TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret. FOTO Norizuan Shamsuddin.
TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret. FOTO Norizuan Shamsuddin.
Norizuan Shamsuddin


LELAKI dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, hari ini kerana mencuri RM50, Julai lalu.

Tertuduh, Mohd Norā€™azmi Zulkifli, 34, mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Majistret Abd Hayyi Salim.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mencuri RM50 di dalam kereta Proton Iswara milik Kamarul Muda, 46, yang diparkir di hadapan Pejabat Tanah Kuala Terengganu pada 9 pagi, 30 Julai lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara dan didenda serta dikenakan sebatan bagi kesalahan kedua.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohimadin manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap pada Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 3:40 PM