MOHD Shamsor (kiri) menyerahkan kenderaan Toyota kepada Tuan Asri sebagai tajaan untuk TKHM Korban di Narathiwat, Thailand. FOTO Roslin Mat Tahir.
MOHD Shamsor (kiri) menyerahkan kenderaan Toyota kepada Tuan Asri sebagai tajaan untuk TKHM Korban di Narathiwat, Thailand. FOTO Roslin Mat Tahir.
Yusmizal Dolah Aling


ATAS dasar prihatin dan sokongan terhadap program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM), UMW Toyota (Toyota) tampil menaja kenderaan rasmi sempena TKHM Edisi Korban, Isnin ini.

Ia menunjukkan komitmen syarikat itu untuk bersama-sama akhbar ini menyantuni penduduk Kampung Lak-Ol di Narathiwat, Thailand yang menjadi lokasi acara berlangsung.

Pengarah Bahagian Pemasarannya, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, ini bukan kali pertama Toyota menjadi penaja kenderaan rasmi program TKHM, malah kerjasama itu berterusan daripada siri sebelum ini.

“Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama untuk program sempena Aidiladha bersama Harian Metro.

“Malah, syarikat sentiasa terbuka untuk membantu mereka yang memerlukan, sama ada melalui sumbangan dan program CSR kami seperti Toyota Classics dan Toyota Eco Youth mahupun tajaan begini.

“Sumbangan juga disalur untuk bantuan kemanusiaan ketika bencana.

“Saya berharap kerjasama erat ini dapat diteruskan pada masa datang,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan tajaan kepada Pengarang Kumpulan Harian Metro HM Tuan Asri Tuan Hussein di Shah Alam.

Hadir sama, Pengarang Eksekutif, Komersial HM merangkap Pengerusi TKHM 2019, Husain Jahit

Toyota menaja enam kenderaan masing-masing dua Toyota Camry, Toyota Fortuner (2) dan Toyota Innova (2).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 6:40 PM