Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


WANITA warga emas ditemui lemas di tali air berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Buluh, Bagan Serai hari ini dipercayai terjatuh ketika memancing di kawasan itu.

Dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, mangsa A Ayamah, 76, dilihat terkapa-kapai meminta pertolongan selepas terjatuh ke tali air itu sebelum disedari wanita yang sedang menunggu anaknya pulang sekolah.

Difahamkan, wanita itu yang melihat mangsa terkapai-kapai menjerit meminta tolong sebelum pekerja di tapak pembinaan berdekatan cuba menyelamatkannya.

Lelaki itu yang terjun ke tali air berjaya membawa naik mangsa namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 4:46 PM
WANITA warga emas lemas dalam tali air dipercayai terjatuh ketika memancing di kawasan itu. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
WANITA warga emas lemas dalam tali air dipercayai terjatuh ketika memancing di kawasan itu. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi