Antara keluarga yang masih berada di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Krubong. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Antara keluarga yang masih berada di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Krubong. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Rizanizam Abdul Hamid


JUMLAH mangsa banjir di Melaka membabitkan dua daerah iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah berkurangan kepada 714 mangsa manakala tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali dalam kenyataannya berkata, setakat 12 tengah hari ini, hanya enam PPS beroperasi manakala tujuh sudah ditutup secara berperingkat.

“Bagi daerah Alor Gajah, jumlah mangsa 396 orang daripada 96 keluarga yang ditempatkan di empat PPS selepas tujuh daripadanya ditutup secara berperingkat sejak semalam dan kelmarin.

“Bagi daerah Melaka Tengah, dua PPS yang masih dibuka menempatkan 318 mangsa daripada 48 keluarga.

“Secara keseluruhannya di kedua-dua daerah, enam PPS beroperasi menempatkan 714 mangsa daripada 181 keluarga,” katanya.

Menurutnya, bagi daerah Alor Gajah, antara kawasan terjejas adalah di Kampung Gadek, Paya Datuk, Bukit Balai, Bukit Tambun, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Sungai Tuang, Masjid Tanah.

Bagi daerah Melaka Tengah keluarga yang terjejas adalah di Taman Tamby Chik Karim, Taman Merdeka Jaya, Taman Krubong Jaya, Kampung Lanjut Manis, Kampung Tanah Merah, Kampung Sungai Badau dan Kampung Tampoi.

Berita berkaitan

Dua sekolah masih ditutup hari ini

[UPDATE] Mangsa banjir di Melaka menurun

8 beranak berumah dalam lori

Sesi persekolahan tangguh akibat banjir [METROTV]

Tamatkan derita kami

Mangsa banjir meningkat 1,096 orang [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 2:46 PM