PENUNGGANG motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan Ford Ranger di Jalan Besar Mantin berhampiran persimpangan Taman Bunga Raya. FOTO Ihsan PDRM
PENUNGGANG motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan Ford Ranger di Jalan Besar Mantin berhampiran persimpangan Taman Bunga Raya. FOTO Ihsan PDRM
Raja Noraina Raja Rahim


PENUNGGANG motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Besar Mantin berhampiran persimpangan Taman Bunga Raya di Seremban, malam tadi.

Dalam kejadian 9.15 malam itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kemalangan berlaku membabitkan motosikal jenis Honda dan kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai memotong kenderaan lain dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda.

“Akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Jeffrey Siow Wei Hoong, 28, dari Taman Desa, Mantin tidak cedera.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 11:17 AM