KEMALANGAN membabitkan dua pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, tengah malam tadi. FOTO Ihsan Bomba
KEMALANGAN membabitkan dua pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, tengah malam tadi. FOTO Ihsan Bomba
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kuala Krai: Tiga maut, manakala lima parah dalam kemalangan membabitkan dua pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 13.36 tengah malam itu, mangsa yang maut adalah dua lelaki dan seorang wanita.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantam, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dan sebaik tiba di lokasi mendapati berlaku kemalangan membabitkan Toyota Hilux yang bertembung dengan Ford Ranger.

"Ada juga mangsa tersepit dan anggota melakukan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa.

"Kemalangan terbabit mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang meninggal dunia dan lima orang yang cedera parah.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai," katanya dua mangsa yang maut dari kenderaan Toyota Hilux dan seorang lagi adalah wanita dari kenderaan Ford Ranger.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 10:13 AM