CALON Barisan Nasional Ramli Mohd Nor (tengah) bersama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) berarak masuk menuju ke Pusat Penamaan Calon. FOTO Farizul Hafiz Awang
CALON Barisan Nasional Ramli Mohd Nor (tengah) bersama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) berarak masuk menuju ke Pusat Penamaan Calon. FOTO Farizul Hafiz Awang
Wartawan NSTP

PEMIMPIN PAS hadir di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), hari ini.

Antara yang kelihatan, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan.

Mereka berdua berarak bersama penyokong BN bagi mengiringi calon BN, Ramli Mohd Noor menuju ke Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah.

Pusat penamaan calon dibuka 9 pagi tadi. Calon DAP, M Manogaran paling awal memasuki dewan penamaan calon diikuti calon BN.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan bekas penyandang, Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Hari pengundian ditetapkan 26 Januari ini.

  • Lagi berita berkaitan PRK Cameron Highlands
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 January 2019 @ 10:09 AM