ANGGOTA polis membawa mayat bayi. FOTO Norsyazwani Nasri
ANGGOTA polis membawa mayat bayi. FOTO Norsyazwani Nasri
Norsyazwani Nasri


PENDUDUK Pangsapuri Desa Ilmu, di Kota Samarahan gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang sempurna sifatnya dalam tong sampah, hari ini.

Pada kejadian 1.30 tengah hari itu, mayat bayi yang masih bertali pusat terbabit ditemui oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi.

“Anggota paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan bahawa bayi

berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, polis menjalakan siasatan lanjut bagi mengenal pasti ibu bayi berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 5:39 PM