Mohd Iskandar Ibrahim dan Veena Babulal

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi berdepan pertuduhan atas kesalahan pecah amanah.

Mohd Irwan tiba pada 8.10 pagi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) diiringi beberapa anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib pula tiba 10 minit kemudian menaiki kereta Proton Perdana warna hitam.

Najib dan Mohd Irwan dijangka didakwa dengan enam pertuduhan pada pagi ini bagi kes berkaitan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

Kesemua pertuduhan itu akan dilakukan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah sejumlah wang yang dipercayai bernilai lebih RM6 bilion.

Terdahulu, Mohd Irwan dibawa keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 7.37 pagi tadi untuk ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Oktober 2018 @ 8:45 AM
BEKAS Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur atas tuduhan kes pecah amanah yang dilakukan membabitkan wang milik Kerajaan Malaysia. FOTO Syarafiq Abd Samad