MOHAMAD Sabu beramah mesra bersama pesakit di HMM.
MOHAMAD Sabu beramah mesra bersama pesakit di HMM.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu membuat lawatan ke Hospital Medan Malaysia (HMM) di daerah Ukhiya, Chittagong, Bangladesh, kelmarin.

Lawatan itu adalah anjuran Kementerian Pertahanan dengan kerjasama pasukan sukarelawan Amal Relief Malaysia dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan, di sini, semalam, berkata lawatan selama sehari itu bagi meninjau operasi hospital berkenaan selain menghantar keperluan kepada etnik Rohingya yang mendapatkan perlindungan di kem pelarian itu.

“Beliau disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh, Nur Ashikin Mohd Taib sebelum dibawa untuk sesi Kunjungan Hormat ke atas Perdana Menteri, Sheikh Hasina Wazed di Old Sangsad Bhaban, Tejgaon, Dhaka.

“Selesai melakukan kunjungan hormat, beliau kemudian dibawa ke Cox’s Bazar yang mana HMM ditempatkan dan dibawa meninjau persekitaran penempatan kem pelarian berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 9:26 AM