MINAH dan NUR AISYAH QISTINA. FOTO Badrul Kamal Zakaria
MINAH dan NUR AISYAH QISTINA. FOTO Badrul Kamal Zakaria
Badrul Kamal Zakaria


“SAYA bersyukur kepada Allah kerana cucu saya Nur Aisyah Hasmizan selamat dan berharap dia akan terus sihat selepas ini," kata Minah Basiran, 68.

Minah berkata, kejadian yang menimpa cucunya itu berlaku pada hari jadinya dan berita Nur Aisyah diselamatkan oleh pihak polis juga umpama hadiah hari jadi yang terbaik kepadanya.

"Alhamdulillah kerana Aisya (panggilan Nur Aisyah) dapat diselamatkan. Aisya pun masih di hospital lagi dan keadaannya pun masih trauma lagi. Sekarang ini mak dan ayah Aisya (Siti Noorfadilah Yusofe dan Hasmizan Othman) masih di wad.

"Syukurlah keadaan Aisya pun semakin baik cuma masih ada kesan gigitan serangga. Setakat ini pun, hanya ibu dan ayah Aisya sahaja yang boleh masuk ke wad. Semua yang lain (saudara) masih tak boleh masuk lagi (melawat)," katanya ketika ditemui NSTP di rumahnya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap di Muar, hari ini.

Sementara itu, kakak sulung Aisya iaitu Nur Aisyah Qistina Hasmizan, 10, meluahkan rasa rindu kepada adik bongsunya itu.

"Saya memang rindu dekat adik Aisya. Saya selalu berdoa dan solat supaya adik Aisya cepat sembuh kerana saya sangat sayang kepada adik.

"Harap adik Aisya cepat sihat kerana kakak tak sabar nak main-main dengan adik lagi selepas ini," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi Khamis lalu, Nur Aisyah berusia 17 bulan dilarikan individu yang tidak dikenali yang memecah masuk rumah keluarganya.

Nur Aisyah berjaya ditemui polis di kawasan belukar, kira-kira satu kilometer dari rumah keluarganya, jam 3.45 petang.

Sehingga kini, bayi itu masih ditempatkan di dalam wad di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dan dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, bayi itu masih perlu mendapatkan rawatan lanjut.

Berita berkaitan

Aisya asyik menangis, tidur kena peluk

'Doakan Nur Aisyah cepat sembuh'

[UPDATE] Culik bayi: Polis tahan lelaki Nepal

Alhamdulillah, Nur Aisyah sudah ditemui

[UPDATE] Saya tak tau apa motif dia...

Pulangkan bayi aku...

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Jun 2018 @ 8:45 PM