Hazwan Faisal Mohamad dan Manirajan Ramasamy

KEMENTERIAN Kewangan mendakwa menemui satu lagi skandal daripada fail merah membabitkan nilai RM9.4 bilion yang dipercayai berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Jho Low.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, transaksi mencurigakan itu membabitkan syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) yang dibayar 88 peratus atau RM8.3 bilion walaupun hanya 13 peratus kerja siap dilakukan.

Katanya, SSER adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2016 bertujuan menjalankan dua projek berasingan iaitu Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TGPP) yang diluluskan Kabinet pada 27 Julai 2016.

“Kontrak kedua-dua projek ini diberikan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) pada 1 November 2016.

“Setakat ini, sebanyak RM8.25 bilion atau 88 peratus daripada keseluruhan nilai projek sudah dibayar kepada CPPB walaupun hanya 13 peratus kemajuan projek direkodkan,” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Jun 2018 @ 2:59 PM
LIM Guan Eng ketika sidang media di Kementerian Kewangan. TURUT kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts Holdings Berhad, Datuk Lee Tian Hock (kanan); Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir (kiri). FOTO Mohd Fadli Hamzah