TENGKU Adnan (tiga kiri) beramah mesra dengan sebahagian daripada pelajar cemerlang ketika majlis Hari Anugerah Kualiti Pendidikan Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya di Putrajaya, hari ini. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
TENGKU Adnan (tiga kiri) beramah mesra dengan sebahagian daripada pelajar cemerlang ketika majlis Hari Anugerah Kualiti Pendidikan Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya di Putrajaya, hari ini. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Zanariah Abd Mutalib


BARISAN Nasional (BN) dijangka akan mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam tempoh seminggu hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon, 28 April ini.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tarikh pengumuman itu masih belum lagi ditetapkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, Tengku Adnan turut menafikan dakwaan bahawa senarai calon yang akan mewakili BN sentiasa berubah-ubah.

“Ini persepsi orang yang tidak faham apa yang kita lakukan. Ia tidak berubah-ubah.

“Kita nak cari calon yang rakyat hendak dan suka, bukan parti atau saya suka. Kita membuat saringan demi saringan untuk memastikan calon yang kita utarakan adalah yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Anugerah Kualiti Pendidikan Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Tengku Adnan menegaskan parti itu akan mengambil tindakan tata tertib terhadap ahlinya yang dipercayai menurunkan bendera parti di Wangsa Maju.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 April 2018 @ 11:44 AM