Abdul Rashid Omar, 60, (kiri) bersama isterinya Riniyusnita Mohd Junus, 47, menunjukkan kawasan seorang bayi lelaki yang ditemui di Lintang Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

Hadzlihady Hassan

BAYI lelaki masih bertali pusat dijumpai di tepi semak berhampiran rumah seorang penduduk di Lintang Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata bayi yang masih hidup itu ditemui lelaki berusia 56 tahun pada 11.40 pagi tadi.

Beliau berkata, lelaki terbabit kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Siasatan mendapati bayi itu dibungkus dengan plastik hitam dan ditinggalkan berhampiran semak.

“Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,”

katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2018 @ 4:59 PM