ANGGOTA Forensik mengesan kelongsong peluru di lokasi kejadian.
ANGGOTA Forensik mengesan kelongsong peluru di lokasi kejadian.
Oleh Mohd Hilmi Mahmud


Georgetown: Seorang pemandu lori nyaris maut selepas ditembak dihadapan rumahnya di Kampung Sungai Tiram, Balik Pulau, dalam kejadian jam 11.40 malam tadi.

Ketika kejadian mangsa dikenali sebagai 'Along', 27, dipercayai sedang melakukan persiapan akhir sebelum menghantar barang ke Kuala Lumpur.

Mangsa, dikatakan ditembak lelaki tidak dikenali itu yang muncul secara tiba-tiba sejurus berada berhampiran lorinya.

Tembakan itu mengenai tangan kanan mangsa, dia kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan selanjutnya.

Sepasukan anggota polis dilihat dilihat melakukan kerja mencari serpihan kelonsong peluru dihadapan rumah mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 12:57 PM