Keadaan kereta yang remuk akibat bertembung dengan bas di Jalan Beruas-Parit, Parit, hari ini. - Foto Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Keadaan kereta yang remuk akibat bertembung dengan bas di Jalan Beruas-Parit, Parit, hari ini. - Foto Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Farah Suhaidah Othman


DUA lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan bas di Kilometer 39 Jalan Beruas-Parit, Parit, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai K Turgkaraaj, 29, yang juga pemandu kenderaan serta penumpang hadapan kereta, A Anand Raj, 28, masing-masing dari Taman Klebang Ria dan Desa Rishah Buntong, Ipoh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Ahmad Fauzi Saad, berkata siasatan awal mendapati kereta berkenaan yang datang dari arah Parit menghala Ipoh dipercayai hilang kawalan memasuki laluan bertentangan sebelum ia bertembung dengan bas.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bersama seorang penumpang bas tidak cedera," katanya yang dihubungi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata dua mangsa berkenaan tersepit di tempat duduk.

Menurutnya, anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2017 @ 7:49 PM