Keadaan kereta Perodua Axia dan bas RapidPenang selepas kemalangan. FOTO Ihsan JBPM
Keadaan kereta Perodua Axia dan bas RapidPenang selepas kemalangan. FOTO Ihsan JBPM
Zulfa Mohamad


SEORANG penumpang kereta maut manakala dua lagi termasuk pemandu parah selepas kenderaan mereka bertembung dengan bas di Jalan Teluk Air Tawar, Butterworth, 9.10 pagi ini.

Kejadian berlaku ketika Perodua Axia dinaiki mangsa dari arah Kepala Batas bertembung dengan bas RapidPenang dari arah bertentangan.

Berikutan itu, pemandu kereta terbabit dan penumpang hadapan tersepit serta cedera parah manakala penumpang belakang berusia 20-an maut di tempat kejadian.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Butterworth diketuai Penguasa Bomba Kanan II Majid Osman bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 9.15 pagi.

Mangsa yang tersepit dikeluarkan orang ramai dengan bantuan bomba sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2017 @ 1:55 PM