Antara senjata tajam yang dirampas oleh polis selepas penahan lelaki berkenaan. Foto ihsan PDRM
Antara senjata tajam yang dirampas oleh polis selepas penahan lelaki berkenaan. Foto ihsan PDRM
Shamsul Munir Safini


SEORANG lelaki yang merayau bersama sejumlah senjata tajam diletakkan di dalam beg galasnya di sini diberkas polis di Prai, Selasa lalu.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan polis selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan bersama seorang lagi rakannya di hadapan pusat membeli belah Plaza Summit.

Dalam kejadian 9.20 malam itu, sepasukan polis melakukan rondaan terserempak lelaki berkenaan yang merayau di kawasan berkenaan sebelum menahannya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya berjaya menahan suspek dan menjumpai beberapa bilah senjata tajam di dalam beg galasnya.

Katanya, polis menemui satu bilah pedang berwarna hitam berlogo naga dengan panjang 0.38meter (m), sebilah bilah pisau serta sarung berwarna coklat berukuran 0.26 m dan satu batang batang besi berukuran berukuran 0.81 m.

"Suspek kemudian ditangkap dan barang kes dirampas sebelum di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bagi tindakan selanjutnya.

"Pihaknya juga percaya suspek terbabit dengan satu kes di Bukit Mertajam dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya(ABKLSB) 1958," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 2:27 PM