Suspek dibawa di Mahkamah Khas Reman Seremban, hari ini. Foto Hazreen Mohamad
Suspek dibawa di Mahkamah Khas Reman Seremban, hari ini. Foto Hazreen Mohamad
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


ADIK kepada Ketua Pemuda UMNO Kampung Nyatoh, Kuala Sawah, Rantau yang menikam abangnya hingga maut, semalam direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, suspek berusia 31 tahun direman sehingga Isnin ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki itu yang juga penganggur mengamuk sebelum menikam abangnya menggunakan pisau di halaman sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau.

"Sehubungan kejadian, suspek ditangkap beberapa jiran yang datang membantu. Mereka juga merampas sebilah pisau dan sebatang besi penggali tanah daripadanya," katanya, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan mangsa, Nor Haidi Mat Yusof, 40 maut akibat ditikam selepas bertengkar dengan adiknya di rumah ibu mereka.

Abang sulung mangsa, Nor Azmi, 42 berkata, adiknya dipercayai marah berikutan Nor Haidi cuba merampas telefon bimbit miliknya bagi mengetahui kandungan mesej selepas menyedari perubahan sikap suspek.

Berita berkaitan:

Maut ditikam adik

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2017 @ 2:30 PM