Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail


OPERASI mengeluarkan diesel daripada tangki yang terbakar, semalam, dijangka memerlukan antara dua dan tiga jam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata usaha memindahkan 750,000 liter diesel dari tangki masih dijalankan sejak malam tadi.

“Operasi memindahkan diesel bermula 9.45 malam tadi. Separuh daripada diesel dipindahkan menggunakan tujuh lori tangki sehingga awal pagi.

“Kita terpaksa mengeringkan tangki berkenaan bagi membolehkan pasukan bomba melakukan pencarian,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang, tiga pekerja warga tempatan berusia antara 28 hingga 49 tahun sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki sebelum letupan berlaku, menyebabkan mereka terjatuh ke dalamnya.

Mohd Sani berkata, tiga jentera dari Balai Bomba Rawang, Selayang dan Batu Arang dengan 30 anggota terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

“Kebakaran dipadamkan selepas kira-kira 30 minit dan kini memberi tumpuan terhadap usaha mengeluarkan mangsa," katanya.

Berita berkaitan

Tragedi tangki diesel kilang simen meletup

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 1:46 PM